#jelajah Kampung #4 – Kampung Endah, Selangor

Kali ini kita review sebuah kampung yang banyak orang kata sebagai kampung tercantik di Malaysia sesuai dengan namanya iaitu Kampung Endah (dalam bahasa Jawa, Endah itu adalah Indah).

Terletak di daerah Kuala Langat (Selangor). Kawasan Kampung ini di dalam Mukim Morib dan Kelanang. Kampung Endah mempunyai keluasan 2,951 ekar. Kampung Endah merupakan sebuah kampung tersusun hasil gabungan daripada tiga buah kampung terpencil di daerah Kuala Langat iaitu Kampung Delik, Kampung Darat Batu dan Kampung Kanchung Tengah (Ladang Lor) yang wujud sejak awal abad ke-19.

Sekitar tahun 1948 hingga 1960 (Zaman Darurat), bagi mengelakkan ancaman komunis, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah memindahkan ketiga-tiga kampung itu ke penempatan baru yang terletak bersebelahan dengan Kampung Kanchung Laut pada tahun 1952. Inilah sebabnya nama kampung ini Endah atau Pindah.

Di antara 1968 dan 1994, Kampung Endah menerima 22 anugerah yang berkaitan kampung tercantik, terbersih, rumah tradisi tercantik, dan bermacam lagi. Sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menamakan kampung itu The Modern Village of Malaysia dan menjadi antara kampung contoh untuk rujukan pelancong luar negara.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti meredah kampung naik basikal sambil tengok rumah tradisi yang cantik dan sangat bersih, melawat kilang makanan tradisional, minum air kelapa fresh, melawat dusun buah, dan pantai morib juga tidak jauh dari situ untuk berkelah.

Pelbagai pakej homestay disediakan, so boleh lah korang try jenguk Kampung Endah ni ye.

#jomkampung #kampungendah #kampungcantik #jombercuti #jombalikkampung #sejarahkampung #reviewkampung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s