#JelajahKampung #3 – Kampung Lonek

Korang dah takde kampung? atau memang lahir kat bandar? Nak merasa bercuti cara kampung tapi tak jauh dari KL? Meh singgah ke Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Di sana terdapat program homestay yang mula diperkenalkan pada 2005.

Kg Lonek yang pernah memenangi kampung tercantik di Malaysia ini dikelilingi sawah padi, memiliki tali air yang jernih serta banyak dusun buah-buahan. Pengunjung juga berpeluang menikmati masak lemak cili api asli yang popular di Negeri Sembilan.

Antara aktiviti menarik di Homestay Kg Lonek adalah:
1. Mengoca Ikan,
2. Pesta Mengemping Padi,
3. Bongai iaitu persembahan lagu-lagu tradisional nogori
4. Mengacau dodol,
5. Bengkel kraftangan daun getah
6. Keliling Kampung dengan Trem

Rata-rata penduduk Kg Lonek masih mengamalkan kehidupan masyarakat Minang dan mengamalkan adat perpatih. Keunikan adat perpatih ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah, amalan adat dan budaya seharian, dialek dan loghat percakapan serta masakan cili apinya.

Selain itu, terdapat banyak tempat menarik di sekitar Kg Lonek seperti:
1. 20 minit ke air terjun Jeram Tengkek
2. 5 minit ke Teratak Za’aba (info akan dishare kemudian)
3. 20 minit ke Pekan Kuala Pilah

Untuk maklumat lanjut berkenaan Homestay Kampung Lonek:

Alamat Homestay Kg. Lonek
No.10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan
Tel:+60192871410 Faks:+6064984379
Email:homestay_lonek@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
1) Hajah Badariah Ahmad (Pengerusi/Koordinator/Pengurus Projek)
Tel. (R): +606-4544163 (Hp): +6019-2871410

2) Nor Asiah bt. Haron (Setiausaha)
Tel. (R): +606-4985227 (Hp): +6012-6915482
Email: nenekteh@yahoo.com

3) Mohd Hezri Bin Mat Isa (Pegawai Eksekutif)
Tel. (R): +60123973231 (Hp): +6064984379
Email:homestay_lonek@yahoo.com

#Jomkampung #KgLonek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s