#Jelajah Kampung #2 – Kampung New Zealand.

Korang mesti ada yang tak pernah tau kat Malaysia pun ada New Zealand kan. Mengikut cerita di Wiki, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Atas dasar sumbangan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. Ada juga cerita versi lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand tetapi kenyataan kedua ini tidak dapat disahihkan dengan tepat.

Walaupun tak secantik pemandangan seperti movie Lord of the Ring, Felda Kampung New Zealand (FKNZ) merupakan penempatan felda kedua tertua selepas Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1960.

Felda ini sama seperti felda lain dengan suasana perkampungan rasmi felda. Mungkin tidak banyak keistimewaan atau keunikan lain kecuali namanya sahaja. Namun itu sudah cukup terutamanya penduduk kampung tersebut bila ditanya “kamu pernah ke luar negara? Ya.. pergi New Zealand.” Ada juga yang kata kalau subuh dekat FKNZ ni dulu agak sejuk kalau bercakap tu boleh keluar asap dari mulut, minyak masak pun boleh jadi mentega, tapi tu dulu kut.

Antara aktiviti menarik berdekatan FKNZ adalah Air terjun Teladas, lebih kurang 17 minit dr FKNZ. Selain itu Pekan Maran yang dikenali sebagai “Bandar Ayam Kampung” juga tidak jauh hanya 14 minit pemanduan.

Mungkin kalau korang berasal dari sini atau pernah ke sini untuk menambah rahsia menarik FKNZ, boleh comment dan share ye.

Group FB : https://www.facebook.com/pages/Felda-Kampung-New-Zealand/265016376890871

Video sejarah FKNZ: https://youtu.be/7f3Mt3jinf4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s