#Jelajah – Apa yang seronok di Kampung Seronok?

Idea nama Kampung Seronok ini berasal dari seorang Engineer British Colonial yang bernama D.W. Grehan, yang telah melawat kampung ini untuk menghadiri kenduri pada tahun 1946. Disebabkan beliau merasa terhibur dengan layanan penuh mesra dan hiburan yang unik, maka beliau telah mencadangkan kepada ketua kampung dan orang lama disitu supaya meletakkan nama kampung itu sebagai Kampung Seronok.

Landmark utama Kampung Seronok ini adalah sebuah masjid lama yang sehingga kini masih lagi dikenali antara masjid tradisional tercantik di Pulau Pinang

Rumah Tradisional Kampung Seronok (GPS: 5.29055, 100.25906) adalah sebuah rumah tradisi contoh yang terletak di Kampung Seronok, Bayan Lepas. Asalnya adalah rumah kampung tetapi telah dibaik pulih dan dijaga rapi untuk menjadi rujukan rumah contoh yang pernah dibina pada kurun ke 20. Rumah ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Mohd Shariff bin Hj. Omar, pada 17 February, 1990.

Rumah ini terletak di berdekatan dengan Jalan Permatang Damar Laut. Sementara itu disekitar kawasan rumah contoh ini juga telah dibina dan disediakan peralatan dan mesin tradisi lama untuk pertanian.

https://www.facebook.com/pages/Kampung-Seronok-Bayan-Lepas/538571202851234

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s