Rumah Melayu kenapa tinggi2?

Korang perasan tak mengapa kebanyakan rumah tradisional melayu semuanya tinggi2. Tak kiralah rumah Melaka, Rumah Pahang, Rumah Perlis atau mana2 rumah tradisi, semuanya dibina tinggi dari tanah.

Ketinggian rumah melayu lama selalunya akan bermula dari batu alas / batu tapak dimana batu ini bertujuan supaya tiang kayu rumah tidak dimakan anai2 dan mudah kena lembab tanah.

Selepas itu tiang-tiang rumah akan diletakkan diatas alas/tapak dan selepas itu ruang lantai rumah akan dibina tinggi dari tanah sekurang-kurangnya ukuran tinggi badan lelaki (suami). Jadi kalau suami tu tinggi maka tinggilah rumah tu, kalau rendah comel, maka rendah comel lah rumah tu jadinya.

Rumah melayu dibina tinggi adalah kerana negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat.

Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara dibawah rumah supaya rumah lebih sejuk dimana angin akan masuk melalui celahan lantai kayu.

Rumah Tradisional Melayu yang bertiang tinggi juga dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir. Secara tak lansung menyelamatkan keluarga dan harta benda.

Selain itu keadaan tinggi itu dapat membantu daripada dimasuki binatang liar, maklum lah dulu rumah melayu selalunya kelilingnya ialah hutan.

Malah ada juga sebab rumah melayu ini dibina tinggi adalah untuk keselamatan dari pencuri dan musuh daripada mudah untuk menceroboh masuk. Ada juga cerita yang kalau musuh ada dibawah rumah, tuan rumah boleh curah air panas bagi padan muka dia huhuhu..

Terakhir sekali, antara sebab yang unik adalah untuk privasi. Bila tinggi sukar sedikit untuk orang lain skodeng / mengintai apa yang dibuat oleh orang dalam rumah. Tapi kalau tengok cerita melayu mesti ada jugak orang yg duk skodeng dari celah lantai tu. Tapi kalau pencuri tu pendek agaknya susah juga dia nak mengintai sebab terpaksa meloncat-loncat.. (hmm korang boleh bayangkan tak? mesti kelakar).

Ada juga kebanyakkan orang akan buat pelantar, letak meja dan kerusi atau stor bawah rumah yang tinggi ni. Kalau rumah atas panas boleh lepak bawah rumah sambil bebudak main guli, akak budak lipat baju, mak budak siang bawang, bapak budak boleh kroh kroh tido..

So geng, tu lah sebabnya ye.. Selamat menambah ilmu.

#jomkampung #rumahkampung #sejarahkampung #rumahmelayulama #rumahtradisi

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s