Sebuah perkampungan yang dulunya terpencil, kini telah berubah menjadi sebuah kawasan tarikan pelancongan yang kian terkenal di peringkat antarabangsa. Itulah dia Kampung Danu yang terletak di kawasan Padawan, Sarawak. Terletak dalam 40km dari Kuching dan perjalanan cuma mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke kampung yang terkenal dengan aktiviti “Kayak Sungai”.

Sungai Kiri yang terletak bersebelahan dengan Kampung Danu merupakan sungai pilihan untuk pecinta aktiviti kayak sungai sama ada dari dalam atau luar negara. Pelbagai pakej disediakan oleh penggiat aktiviti dengan laluan berkayak sepanjang 11km dan mengambil masa selama 3 jam – 5 jam untuk dihabiskan. Kebanyakan pakej akan disertakan dengan aktiviti menjamu selera cara kampung dan melawat di sekitar Kampung Danu.

Apa yang menariknya tentang Kampung Danu ialah anda tidak akan menemui sebarang kenderaan beroda lebih dari dua. Ini kerana jambatan gantung yang menghubungkan Kampung Danu dengan masyarakat luar hanya boleh dilalui oleh motorsikal atau basikal sahaja. Jika jambatan ini putus, maka terputuslah hubungan 50 keluarga yang menetap di kampung Danu dengan masyarakat luar.

Selain daripada aktiviti berkayak, Kampung Danu juga mempunyai tarikan lain seperti Gua Keyu, Gua Rembang dan air terjun Tancag. Malah beberapa buah rumah homestay juga telah dibangunkan dengan suasana kampung dan hutan yang masih terpelihara dan menyegarkan.

#jomkampung #snapshot #sarawak #hutan #sungai #kayak #gua #jomcuti

https://www.facebook.com/kampung.danu/

http://www.theborneopost.com/2016/10/02/a-tourist-hotspot-in-the-making/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s