Salam Ramadhan geng. Bulan yang mulia ini dah tinggal beberapa hari lagi nak meninggalkan kita dan maknanya kita bakal berjumpa dengan bulan Syawal dan menandakan bermulalah Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya adalah hari dimana kita semua akan balik kampung, berjumpa dan berkumpul bersama ahli keluarga yang tercinta. Masa itulah kita adik beradik, ipar duai, makcik dan pakcik dapat bertemu muka, berseloroh dan menjamu selera bersama. Dalam sedar tak sedar sebenarnya selama ini kebanyakan kita ada sedikit lalai dalam hal ehwal AURAT.

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Sama ada aurat melalui sentuhan seperti bersalam atau aurat melalui penglihatan.

Selama ini kita agak lalai dalam menjaga batas aurat kita sesama biras, ipar, sepupu, makcik pakcik, atuk nenek yang dikategorikan sebagai bukan mahram. Yelah kekadang tu kita sendiri cetek ilmu dan sukar nak mengingati siapa yang dikategorikan bukan mahram kita, so korang elok rujuk gambar yang telah disertakan bersama nota ini.

Banyak terjadi sewaktu pulang ke kampung, kita adik beradik akan berkumpul di rumah mak ayah dan masa itulah banyak hal berkaitan aurat yang harus kita jaga. Berikut adalah senario yang kita sering lalai.

  1. Rumah mak ayah kecil, jadi kita ramai2 kekadang tu pakat tidur kat celah-celah ruang rumah yang ada, ada yang di ruang tamu, di pangkin depan rumah, di dapur. Jadi hal seperti tidur bercampur anak sepupu yang bukan mahram, bangun tidur nampak ipar lelaki tidur pakai seluar pendek.
  2. Kekadang tu saudara2 perempuan kita yang bertudung akan menjadi tidak selesa apabila terpaksa keluar dari bilik air dengan rambut basah dan tidak bertudung terpaksa lalu depan lelaki lain untuk ke bilik. Kekadang tu terserempak dengan saudara lelaki yang keluar dari bilik air hanya memaki tuala saja.
  3. Maklumlah bila dah lama tak berjumpa, kita akan ringan tangan untuk bersalaman sesapa sepupu, makcik dan pakcik yang bukan mahram tanpa kita sedar. Kang bila tak salam dia orang ingat kita sombong pulak.

Jadi geng, marilah kita bersama-sama berubah dari hari ini dan mula mendidik anak-anak kita tentang batas aurat dan kenali mahram. Agar segala amal yang kita telah kumpul selama bulan puasa ini tidak “haus” dek kejahilan kita mengenai batas aurat dan mahram.

Selamat menjalani usaha ibadah di malam-malam terakhir ini dan teruskan usaha kita menambah ilmu dunia dan akhirat.

#jomkampung #nasihat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s